Intelligent Mining & Decision Support System (InMinds)
1. Capaian kepada InMinds
InMinds boleh dicapai melalui Portal Rasmi UNIMAS (http://www.unimas.my) dan Staf Portal UNIMAS (http://portal.unimas.my). Antaramuka kedua-dua medium capaian kepada InMinds adalah seperti berikut :
1.1 Login ke Portal Rasmi UNIMAS dan klik pada Staff > InMinds seperti pada Gambarajah 1.1(1).
Gambarajah 1.1(1) Antaramuka Portal Rasmi UNIMAS dan capaian kepada InMinds
1.2 Dengan menggunakan id Staf Portal UNIMAS, masukkan maklumat pada ruangan yang diperlukan seperti pada Gambarajah 1.2(1).
Gambarajah 1.2(1) Antaramuka log masuk kepada InMinds
1.3 Login ke Staf Portal UNIMAS adalah dengan klik pada Executive Dashboard > InMinds seperti pada Gambarajah 1.3(2).
Gambarajah 1.3(1) Antaramuka log masuk Staf Portal UNIMAS
Gambarajah 1.3(2) Paparan skrin pautan capaian ke InMinds
1.4 Paparan utama seperti dalam Gambarajah 1.4(1) akan dapat dilihat.
Gambarajah 1.4(1) Paparan skrin pautan capaian ke InMinds
1.5 Pada antaramuka tersebut, dapat dilihat terdapat navigasi utama InMinds seperti yang ditunjukkan pada Gambarajah 1.5(1) dan keterangan ringkas navigasi tersebut boleh diperolehi pada Jadual 1.1(1).
Gambarajah 1.5(1) Paparan skrin pautan capaian ke InMinds
Navigasi | Keterangan |
---|---|
Student | Mengandungi statistik-statistik seperti kemasukan pelajar, enrollment dan pencapaian keputusan pelajar pra-universiti, prasiswazah mahupun pelajar siswazah. Selain daripada itu ia turut memaparkan maklumat pelajar Alumni dan maklumat pengraduatan. |
Programme Quality | Mengandungi maklumat penilaian sesuatu program yang ditawarkan oleh fakulti serta pemetaan pencapaian sesuatu kursus dengan Learning & Programme Outcome, Cohort serta permintaan kuota sesuatu kursus. |
Management | Mengandungi statistik-statistik berkaitan pengurusan serta pemantauan staf akademik, staf bukan akademik, peruntukan serta kemudahan dan tajaan pelajar. |
Research | Mengandungi statistik-statistik berkaitan penyelidik dan pemantauan terhadap penyelidikan yang dilakukan serta statistik sebagai rujukan. |
Strategy Map | Pemantauan KPI melalui Strategy Map. |
Dashboard | Membolehkan pemantauan KPI dilakukan oleh pihak pengurusan tertinggi dimana akses hanya kepada pihak pengurusan tertinggi dan mengandungi laporan-laporan. |
Administration | Mengandungi navigasi kepada Workflow Porta |
Analyzer | Analyzer merupakan modul yang digunakan untuk menyediakan pivot table. Pivot Table merupakan jadual yang mengandungi kandungan data yang menyerupai spreadsheets. Penjelasan mengenai penggunaan Analyzer boleh dirujuk pada training manual dengan rujukan: BSA/04/01/ANALYZER/TM/001. |
Sitemap | Paparan secara ringkas kandungan InMinds. Turut mengandungi shortcut kepada dashboard. |
About | Mengandungi ringkasan maklumat berkenaan InMinds. |
Jadual 1.5(1)
1.6 Jika pautan menu tersebut diklik, menu dropdown akan terpapar seperti pada Gambarajah 1.6(1).
Gambarajah 1.6(1) Menu dropdown yang terdapat pada pautan navigasi
Perhatian : Menu-menu yang dipaparkan bergantung kepada jenis akses yang diberikan; contoh role ‘Head’ tidak akan dapat melihat menu Students dan Programme Quality kerana ia disediakan untuk kegunaan Dekan dan lain-lain pihak yang berkaitan.
2. Penggunaan Analyzer
2.1 Analyzer digunakan untuk menghasilkan pivot table selain daripada menggunakan statistik sedia ada. Rujuk Gambarajah 2.1(1) untuk ke pautan Analyzer.
Gambarajah 2.1(1) Paparan pautan ke Analyzer
2.2 Antaramuka utama Analyzer seperti pada Gambarajah 2.2(1) akan dipaparkan dan rujuk Jadual 2.2(2) untuk maklumat lanjut berkenaan fungsian yang terdapat pada Analyzer.
Gambarajah 2.2(1) Paparan fungsian yang terdapat pada Analyzer
Fungsian | Keterangan |
---|---|
Dimension Panel | Data yang terdapat di dalam subject area. Sebagai contoh : Di dalam subject area STUDENT, dimension adalah yang terdiri daripada jantina, tempat asal, nombor matrik, fakulti, tahun pengambilan dan lain-lain. |
Column Panel | Ruangan lajur. |
Row Panel | Ruangan baris. |
Metrics Panel | Ruangan untuk meletakkan measure. |
Computation | Ungkapan statistik yang telah ditetapkan yang boleh ditambah pada baris (row) atau lajur (column) panel. |
Measure | Metrik adalah petunjuk kuantitatif yang kebanyakannya di dalam bentuk jumlah. Juga turut dikenali sebagai ukuran. Sebagai contoh : Jumlah yang dikeluarkan, jumlah pinjaman buku, jumlah pelajar, jumlah kursus dan lain-lain. |
Filter | Proses penapisan data yang lebih fokus (zoom) kepada data yang hendak dilihat. |
Rank | Fungsian yang digunakan untuk menyusun (sort) data mengikut ranking.![]() |
Grand / Sub | Fungsian ini digunakan untuk mengira secara keseluruhan (grand) atau per kategori (sub) mengikut pemilihan yang terdapat pada combo box.![]() |
Find | Action button yang digunakan untuk generate pivot table. |
Jadual 2.2(1) Maklumat fungsian yang terdapat pada Analyzer
2.3 Untuk menggunakan Analyzer, langkah pertama adalah memilih subject area yang hendak digunakan. Pemilihan subject area adalah mengikut data yang hendak dilihat oleh pengguna. Gambarajah 2.3(1) memaparkan pemilihan subject area yang hendak digunakan.
Gambarajah 2.3(1) Paparan pemilihan subject area
2.4 Untuk menghasilkan pivot table, dimension data yang hendak dilihat perlu diletakkan di bahagian row atau column. Sebagai contoh yang terdapat pada Gambarajah 2.4(1) apabila dimension dept code dimasukkan ke dalam ruangan row menggunakan kaedah drag and drop, ianya akan memaparkan dept code yang terkandung di dalam dimension dept code setelah klik action button Find.
Gambarajah 2.4(1) Paparan yang ditunjukkan oleh anak panah dimension apabila diletakkan pada ruangan row
2.5 Penggunaan entiti yang terdapat di dalam computation, yang sering digunakan di dalam pivot table ialah total dan average seperti yang ditunjukkan pada Gambarajah 2.5(2). Penggunaan fungsian measure hanya boleh diletakkan di dalam metrics seperti yang ditunjukkan pada Gambarajah 2.5(3).
Gambarajah 2.5(1) Paparan fungsian computation dan measure
Gambarajah 2.5(2) Paparan penggunaan total pada analyzer
Gambarajah 2.5(3) Paparan penggunaan measure pada metrics
2.6 Penggunaan filter di dalam Analyzer memudahkan paparan data yang hendak dilihat. Filter yang hendak digunakan tertakluk kepada data yang dikehendaki oleh pengguna. Gambarajah 2.6(1) memaparkan contoh filter untuk tidak memaparkan dept code A01. Pivot table yang dihasilkan tidak akan memaparkan maklumat dept code A01. Condition yang terdapat pada filter mengandungi basic condition seperti sama dengan ( = ), lebih besar daripada ( > ), kurang daripada ( < ) dan banyak lagi yang boleh dilihat pada ruangan filter.
Gambarajah 2.6(1) Paparan penggunaan filter pada analyzer
3. Penggunaan Filter pada Dashboard, Ranking Filter dan Lain-Lain Kemudahan di dalam Pivot Table.
3.1 Filter
Di dalam setiap dashboard terdapat kemudahan untuk filter pivot table bagi memudahkan pemantauan dilakukan. Langkah-langkah penggunaan filter tersebut adalah seperti berikut :-
3.1.1 Antara filter yang sering terdapat pada dashboard ialah Faculty / Department, Programme, Year From, dan Year To seperti yang ditunjukkan pada Gambarajah 3.1.1(1).
Gambarajah 3.1.1 (1) Antara filter yang terdapat pada dashboard
3.1.2 Untuk menggunakan filter, pilih pilihan yang terdapat pada menu dropdown dan klik action button Find mengikut anak panah pada Gambarajah 3.1.1(2) dan paparan pada pivot table akan terpapar mengikut filter yang telah dibuat.
Gambarajah 3.1.1(2) Paparan pemilihan filter dan klik action button Find
3.2 Ranking Filter
Fungsian ranking filter hanya terdapat pada beberapa dashboard. Ianya berfungsi untuk memudahkan pemantauan dibuat dengan hanya memaparkan maklumat yang dipilih oleh pengguna seperti yang ditunjukkan pada Gambarajah 3.2(1). Rujuk jadual 3.0(1) untuk penerangan penggunaan filter secara terperinci.
Gambarajah 3.2(1) Paparan ranking filter yang terdapat pada dashboard yang tertentu sahaja.
Bahagian | Keterangan |
---|---|
Rank by Column Title | Pilihan berdasarkan nama column. Nama column yang dipaparkan adalah berdasarkan pivot table yang terdapat pada dashboard. |
Ranking Order | Jenis pilihan paparan data samada tertinggi (top) / terendah (bottom) |
Number of Rows to be Displayed | Jumlah data yang hendak dipaparkan |
Jadual 3.0(1) Keterangan ringkas fungsian ranking filter
3.3 Kemudahan lain Pivot Table
Untuk setiap pivot table yang dipaparkan, terdapat beberapa fungsi yang boleh digunakan untuk perincian maklumat yang dipaparkan atau mengubah format paparan kepada format yang lebih mudah difahami. Paparan Gambarajah 3.3(1) menunjukkan beberapa fungsi yang boleh digunapakai.
Gambarajah 3.3(1) Paparan pivot table dan fungsian yang boleh digunakan
Gambarajah 3.3(2) Paparan terperinci fungsian kemudahan yang ada pada pivot table
Fungsi | Keterangan |
---|---|
Pivot Information | Open Pivot Information - Memaparkan maklumat berkaitan pivot tersebut serta kaedah filtering yang digunakan. Open Pivot Load Status - Memaparkan log status proses. Help – Memaparkan bantuan atau maklumat tambahan yang disediakan untuk pivot table yang berkenaan (jika ada disediakan). |
Show Measure List | Mengandungi paparan dimension (field) yang terdapat pada subject area yang digunakan untuk perincian data-data yang dipaparkan. |
Switch to Chart | Membolehkan penukaran paparan daripada pivot table ke paparan carta. Nota : Tidak semua statistik sesuai dipaparkan dalam format carta. |
Event |
Jadual 3.3(2)
3.3.1 Pivot Information
Untuk fungsi yang terdapat pada Pivot Information, menu drop down seperti pada Gambarajah 3.3.1(1) akan terpapar.
Gambarajah 3.3.1(1) Paparan pautan drop down menu untuk action button Pivot Information
Nota : Terdapat beberapa fungsian baru yang terdapat pada sistem tetapi penggunaannya kurang berkaitan.
3.3.2 Show Measure List
Berfungsi untuk membuat perincian kepada maklumat yang dipaparkan. Kandungan measure list adalah dimension atau butiran yang terdapat pada subject area yang digunakan pada pivot table yang berkaitan.
3.3.2.1 Untuk menggunakan fungsian measure list, rujuk langkah-langkah yang terdapat pada paparan Gambarajah 3.3.2.1(1).
- Langkah (1) menunjukkan paparan pivot table dan langkah (2) menunjukkan measure list yang dipaparkan pada bahagian kiri pivot table adalah dimension yang terdapat pada subject area yang digunakan pada pivot table.
- Langkah (3), klik dan tarik (drag) dimension yang dikehendaki dan masukkan ke dalam pivot table pada ruang perincian maklumat yang dikehendaki. Contoh pada gambarajah memaparkan dimension Gender diklik dan ditarik ke barisan kedua ruangan Data 1 pivot table.
- Langkah (4) memaparkan paparan hasil setelah dimension Gender pada measure list ditarik. Untuk mendapatkan paparan data pada pivot table yang sebelumnya, klik action button (<) dan paparan pivot table akan kembali kepada asal.
Gambarajah 3.3.2.1(1) Paparan langkah-langkah penggunaan measure list
3.3.3 Switch to Chart
Carta yang hendak dipaparkan boleh dipilih mengikut kehendak pengguna. Antara pilihan carta yang sering digunakan ialah bar chart seperti yang ditunjukkan pada Gambarajah 3.3.3(1) dan paparan carta ini boleh diubah mengikut citarasa pengguna dan kesesuaian statistik yang hendak dipantau dengan klik kanan pada permukaan bar chart tersebut dan sebagai contoh arahkan tetikus kepada pemilihan 3D Chart > Bar dan paparan carta akan bertukar seperti pada Gambarajah 3.3.3(2) dimana bar chart biasa digantikan dengan 3D bar chart. Untuk mendapatkan paparan bentuk carta yang lain, ulang langkah-langkah di atas.
Gambarajah 3.3.3(1) Paparan bar chart biasa dan pilihan carta yang boleh dipilih
Gambarajah 3.3.3(2) Paparan carta yang telah dipilih iaitu 3D bar chart
3.3.4 Event
Event membantu dalam mendapatkan lain-lain maklumat bagi data-data yang dipaparkan pada pivot table. Untuk mendapatkan maklumat tersebut, klik action button Event dan menu drop down seperti pada Gambarajah 3.3.4(1) akan terpapar. Antara pilihan yang terdapat di dalam modul Event adalah Detail Listing, Temp. Listing Selection, Subject Drill Down, Drill Down, dan Context Menu. Jika pilihan telah dibuat, ikon action button secara automatik akan bertukar mengikut pilihan.
Gambarajah 3.3.4(1) Paparan drop down menu yang terdapat pada event
3.3.4.1 Detail Listing
Apabila pilihan penggunaan detail listing telah dibuat, hanya klik pada ruang data yang berkaitan seperti yang ditunjukkan pada Gambarajah 3.3.4.1(1) dan paparan rekod data berkaitan akan dipaparkan.
Gambarajah 3.3.4.1(1) Paparan penggunaan detail listing
Perhatian : Bilangan rekod pada paparan tersebut adalah sama dengan bilangan rekod pada pivot table tersebut.
3.3.4.2 Temp. Detail Listing
Untuk pilihan Temp. Listing Selection, apabila ruang data yang berkaitan dipilih, paparan tetingkap pilihan Detail Listing akan terpapar seperti paparan Gambarajah 3.3.4.2 (1). Beberapa pilihan Detail Listing dapat dilihat jika subject area yang berkaitan mempunyai lebih dari satu detail listing.
Gambarajah 3.3.4.2(1) Pilihan maklumat yang boleh dipaparkan
Perhatian : Bilangan rekod pada paparan tersebut adalah sama dengan bilangan rekod pada pivot table tersebut.
Untuk mendapatkan lagi maklumat lain yang mungkin berkaitan, pada tetingkap paparan detail listing, klik kanan pada ruang data yang berkaitan seperti yang ditunjukkan dalam Gambarajah 3.3.4.2(2).
Gambarajah 3.3.4.2(2) Paparan untuk mendapatkan maklumat lain yang berkaitan