Manual Pengguna Sistem Baucar 1 Malaysia

Manual Pengguna Sistem Baucar 1 Malaysia

Last modified by Khairilzamrie bin Rosle on 2015/01/06 21:26

Manual Pengguna Sistem Baucar 1 Malaysia

1. Kategori Pengguna

Di dalam Sistem Baucar Buku 1 Malaysia terdapat 2 kategori pengguna iaitu :

  • Pengguna Bahagian Kewangan - Pengguna Bahagian Kewangan adalah pengguna yang bertanggungjawab untuk memasukkan nombor siri baucar dan mengagihkan baucar tersebut mengikut fakulti.
  • Pengguna di Fakulti - Pengguna di fakulti pula bertanggungjawab untuk mengagihkan baucar tersebut kepada para pelajar dan memastikan setiap maklumat baucar dan pelajar dimasukkan ke dalam sistem ini.

Kedua-dua kategori pengguna ini mempunyai akses dan antaramuka yang berbeza di dalam sistem bagi memudahkan proses kerja masing-masing.

1.1 Log Masuk Pengguna

isi_html_5fa8f1b0.png

Rajah 1.1

Sistem Baucar Buku 1 Malaysia boleh diakses melalui laman web http://bb1m.unimas.my/voucher250 . Pengguna dikehendaki untuk mengaktifkan akaun ketika kali pertama menggunakan sistem.

Untuk mengaktifkan akaun pengguna, sila klik pada pautan “click here to activate” seperti dalam rajah 1.2 di bawah.

isi_html_m6bed4c8f.png

Rajah 1.2

Paparan untuk mengaktifkan akaun akan terpapar seperti rajah 1.3 di bawah. Masukkan username dan pin number yang telah diberikan dan masukkan kata laluan yang baru. Panduan atau langkah-langkah pengaktifan akaun ini juga dipaparkan pada bahagian atas halaman berkenaan seperti dalam rajah di bawah :

isi_html_m276e67bf.png

Rajah 1.3

Setelah selesai pengaktifan akaun, pengguna bolehlah log masuk ke dalam sistem menggunakan nama dan kata laluan baharu tersebut.

2. Pengguna Bahagian Kewangan

Setelah berjaya log masuk, pengguna bagi bahagian ini akan menerima paparan seperti Rajah 2.1 di bawah. Disarankan agar pengguna membaca arahan yang telah disediakan mengikut urutan yang telah diberikan bagi memudahkan pengguna memahami aliran sistem ini.

isi_html_2f7ef825.png

Rajah 2.1

2.1 Memasukkan nombor baucar

Untuk memasukkan nombor baucar, klik pada pautan “Insert Voucher” dalam langkah yang pertama dalam Rajah 2.1. Pengguna akan mendapat paparan seperti Rajah 2.2 di bawah :

isi_html_34b07927.png

Rajah 2.2

Pengguna hendaklah memasukkan nombor siri baucar mengikut fakulti dalam jumlah yang telah ditetapkan, dan mengisi tempat kosong pada label “from :” dan “to :” dengan permulaan dan penamat nombor siri baucar berkenaan.

Sekiranya pengguna memasukkan nombor siri yang salah atau tidak sah dan digit tidak mencukupi atau lebih dari sepatutnya, sistem akan memberi amaran kepada pengguna seperti rajah 2.3 di bawah.

isi_html_6f6af251.png

Rajah 2.3

Pastikan nombor siri baucar telah dimasukkan bagi semua fakulti dengan betul seperti rajah 2.4 di bawah sebelum menekan butang “Save”. Nombor siri dalam rajah di bawah adalah contoh semata-mata.

isi_html_m71ac391c.png

Rajah 2.4

2.2 Nombor siri baucar melompat

Sekiranya terdapat sebarang nombor baucar yang melompat disebabkan kesilapan atau sebab-sebab lain yang tidak dapat dielakkan, pengguna masih boleh memasukkan kembali nombor siri yang ketinggalan sebelumnya.

isi_html_7d433256.png

Rajah 2.5

Perhatikan dalam contoh dalam Rajah 2.5 di atas menunjukkan nombor siri baucar permulaan untuk Faculty of Applied and Creative Arts (FACA) adalah 0110030 dan bukannya 0110000.

Apabila pengguna menekan butang “Save”, paparan seperti Rajah 2.6 di bawah akan dipaparkan.

isi_html_m4aabec8d.png

Rajah 2.6

Setelah selesai menyimpan data, kembali ke laman utama dengan menekan butang “home” seperti dalam rajah 2.7.

isi_html_28e6dab1.png

Rajah 2.7

Kemudian klik pada pautan “Review” dalam langkah kedua seperti dalam rajah 2.8 di bawah untuk menyemak semula nombor siri baucar yang telah dimasukkan.

isi_html_2f7ef825.png

Rajah 2.8

Pada laman “Review Vouchers” ini, pengguna boleh menyemak semua nombor siri baucar yang telah dimasukkan mengikut fakulti masing-masing. Di sini juga, pengguna boleh menghapus dan menambah semula nombor siri baucar sekiranya perlu. Pastikan tiada sebarang kesilapan ataupun pertindihan nombor baucar apabila melakukan sebarang perubahan.

isi_html_m5d2e64f.png

Rajah 2.9

Untuk menambah semula nombor siri baucar bagi Faculty of Applied and Creative Arts (FACA)  yang melompat tadi, pengguna boleh menekan butang “Add New”. Pengguna juga boleh menghapuskan maklumat sedia ada dan menambah semula no siri baucar bergantung dengan keperluan.

Setelah menekan butang “Add New”, paparan seperti rajah 2.10 di bawah akan dipaparkan.

Masukkan nombor siri baucar yang dikehendaki, dan tekan butang “Save”.

isi_html_m29da9203.png

Rajah 2.10

Sekiranya simpanan berjaya, paparan seperti Rajah 2.11 di bawah akan dipaparkan. Perhatikan bahawa nombor siri baucar yang baru dimasukkan telah terpapar di dalam senarai.:

isi_html_m3eae4798.png

Rajah 2.11

2.3 Menghapus nombor baucar

isi_html_m6c447.png

Rajah 2.12

Untuk menghapuskan nombor siri baucar, pengguna hanya perlu menekan butang “Delete” seperti yang dipaparkan dalam Rajah 2.12 di atas.

Pengguna akan diminta untuk memastikan sekali lagi sebelum nombor siri baucar dihapuskan bagi mengelak sebarang kesilapan yang tidak diingini.

isi_html_m2eab2d90.png

Rajah 2.13

Tekan butang “OK” dan senarai nombor siri baucar yang dipilih akan dihapuskan.

2.4 Laporan dan Statistik

Sistem Baucar Buku 1 Malaysia ini juga menyediakan laporan dan statistik merangkumi maklumat mengenai pelajar dan baucar buku bagi memudahkan proses kerja pengguna. Klik pada pautan “Others” dalam langkah yang ketiga untuk mengakses laporan dan statistik.

isi_html_2f7ef825.png

Rajah 2.14

Pengguna boleh memilih jenis laporan dan statistik yang dikehendaki dengan menekan pada butang pautan yang berkenaan seperti dalam rajah 2.15 di bawah.

isi_html_m4d7dd840.png

Rajah 2.15

Klik pada salah satu butang yang dikehendaki dan paparan seperti rajah di bawah akan dipaparkan sekiranya maklumat yang dikehendaki telah tersedia di dalam sistem.

isi_html_m477680d1.png

Rajah 2.16

3. Pengguna di Fakulti

Setelah berjaya log masuk, pengguna akan menerima paparan seperti dalam Rajah 3.1 di bawah :

isi_html_m303fa98a.png

Rajah 3.1

3.1 Memasukkan Nombor Matriks Pelajar

Untuk memasukkan rekod pengagihan baucer, mulakan dengan memasukkan nombor matriks pelajar seperti contoh dalam Rajah 3.2 di bawah dan tekan butang “Go”.

isi_html_77b740d.png

Rajah 3.2

Paparan seperti Rajah 3.3 di bawah akan dipaparkan. Dalam paparan ini terdapat maklumat tentang pelajar berkenaan dan sekiranya pelajar berkenaan belum lagi menuntut baucar buku, ruangan pada “Voucher Number” adalah kosong. Isi ruangan ini dengan no siri baucar yang telah diagihkan kepada pelajar. Sila pastikan nombor siri baucar adalah tepat dan semak bagi memastikan tiada sebarang kesilapan berlaku.

isi_html_72be27c5.png

Rajah 3.3

Sekiranya pengguna tersilap memasukkan nombor siri baucar yang tidak sepadan dengan julat no siri baucar yang telah ditetapkan, sistem akan memberi amaran seperti Rajah 3.4 di bawah:

isi_html_m556d23ec.png

Rajah 3.4

Amaran juga akan diberikan sekiranya pengguna tidak memasukkan nombor siri yang betul seperti rajah di bawah.

isi_html_m7b4929e0.png

Rajah 3.5

Apabila pengguna memasukkan nombor siri yang pertama, nombor – nombor berikutnya akan dipaparkan secara automatik mengikut turutan bagi memudahkan dan mengurangkan kesilapan pengguna. Tetapi pengguna masih boleh memasukkan nombor sendiri jika tidak mahu mengikut turutan nombor sekiranya perlu.

isi_html_m7f012ee9.png

Rajah 3.6

Tekan butang “Assign” untuk menyimpan data, “Clear” untuk mengosongkan kembali ruang dan “Cancel” untuk membatalkan urusan.

3.2 Semakan Maklumat Baucar Pelajar

Masukkan nombor matriks pelajar yang sudah menuntut baucar seperti biasa dan klik butang “Go”. Pengguna akan menerima paparan yang sama seperti pertama kali memasukkan nombor matriks pelajar tetapi kali ini dengan nombor baucar yang telah diisi seperti rajah di bawah.

isi_html_m4d7cab2b.png

Rajah 3.7

Dalam paparan ini pengguna boleh memasukkan semula nombor baucar untuk pelajar berkenaan sekiranya terdapat sebarang kesilapan yang telah berlaku. Tekan butang “Unassign” untuk mengosongkan kembali senarai nombor siri baucar. Sila pastikan maklumat pelajar dan nombor siri baucar adalah tepat sebelum meneruskan pengagihan baucar kepada pelajar.

Start Here

Welcome to the UNIMAS WIKI.
To start, use search function by entering keywords in the search box below :
 

Quick Navigation

About UNIMAS

HOW-TO, Tutorial & User Manual

HOW-TO, Tutorial & User Manual

Macros

STB2242 - PLANT BIOTECHNOLOGY

signatureattach

Recently Created

noora | 66168 | e-Adu | 57649 | 58554

Recently Modified

My Recent Modifications


This wiki is licensed under a Creative Commons 2.0 license
XWiki Enterprise 5.0.3 - Documentation